Koperasi Dana Bakti Malaysia Berhad (KoBakti) telah di tubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada tahun 2021 yang di kenali sebelum ini sebagai Koperasi Dana Bakti Selangor Berhad yang merupakan sebuah koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan perkhidmatan yang hanya beroperasi di negeri Selangor sahaja sebelum di luluskan perluasan kawasan operasi kepada satu Malaysia dan berstatus koperasi Kredit.
Pada tahun 2023, (6) Ahli Lembaga baru telah dilantik untuk mengemudi jawatan – jawatan penting di dalam koperasi. Di bawah pengurusan Lembaga yang baru ini,koperasi telah berjaya membentuk hala tuju dalam mengembangkan dan mempelbagaikan perniagaannya sejajar dengan okjektif untuk memperkembangkan status ekonomi ahli anggota koperasi di samping membantu kerajaan mencapai visi dan misi kepada masyarakat Malaysia umumnya.
Untuk penglibatan awal kobakti sebagai koperasi baru dalam pasaran sebagai koperasi berstatus kredit,selaras dengan halatuju operasi dan kepentingan perniagaannya pihak koperasi telah mencapai persetujuan untuk mewujudkan skim pembiayaan peribadi kepada ahli- ahlinya di seluruh Malaysia umumnya.
Pejabat Berdaftar Kobakti dan Pejabat Urusan yang baru telah di wujudkan di Kuala Lumpur dengan keanggotaan permulaan seramai 53 orang ahli anggota di bawah Kobakti.
Menjadi koperasi yang terunggul dan berdaya saing dalam segala aspek
Menjana peningkatan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota dengan memberi perkhidmatan dan pulangan yang berkualiti dan kompetitif secara konsisten
Mencapai tahap profesionalisme dan kredibiliti yang tinggi serta bergerak ke hadapan dalam pergerakan koperasi.

Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami adalah pasukan pakar yang bersedia untuk bercakap dengan anda.